Sunday, 20 January 2013

Kentut Lembu Dijual Dalam Tin!


Bagi anda yang sudah lama berhijrah ke bandar, sudah tentu kadang-kala akan merindui kampung halaman.
Jadi atas inisiatif itu, sebuah syarikat di Jerman telah menjual kentut lembu di dalam tin!
Tin yang diisi dengan udara yang disedut dari kayu yang sudah tua dan longgokan jerami yang penuh dengan ‘gas’ yang dikeluarkan oleh hasil ternakan lembu telah menjadi begitu diminati ramai.
Pengurus dari projek ‘Countryside air to go’ berkata pelanggan utama mereka adalah dikalangan mereka yang telah berhijrah ke kota dan rindukan suasana desa tempat tinggal mereka.
Kos bagi satu tin ini berharga £5 (lebih RM20) dan boleh ditempah di laman web www.stallduft.de.
Satu tag iklannya berbunyi ‘Hanya letakkan hidung pada tin ini akan mengembalikan aroma tulen desa anda’.
Pereka Daniela Dorrer, yang berasal dari desa Adlkofen di Bavaria, Jerman berkata kami berharap kepada mereka yang telah meninggalkan desa merasa gembira dan ingat kepada kampung halaman mereka.
“Kami merancang untuk bau lain seperti kuda, jerami, babi dan baja.
“Tetapi kebanyakan orang merindukan bau lembu, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana kebanyakkan bau berasal dari lembu,” katanya.
Sementara itu, menurut pakar, kentut dan sendawa lembu boleh menyebabkan masalah pemanasan global.
Seekor lembu sahaja boleh mengeluarkan gas metana berbahaya dalam sehari cukup untuk mengisi botol berisipadu 400 liter dan ia sangat tidak baik untuk persekitaran.
Jadi dengan menyedut kentut lembu ini, mungkin mereka fikir ia boleh membantu menyelesaikan pemanasan global.

Inilah Kolam Renang Paling Dalam Di Dunia

Nemo 33, pusat rekreasi scuba diving yang terletak di Uccle, Belgium adalah kolam renang terdalam di dunia. Kolam renang ini mempunyai dua dasar besar. Dasar terendah di peringkat kedalaman 16 kaki dan 32 kaki dan sebuah lubang melingkar besar turun hingga mencapai kedalaman 108 kaki.


Kolam ini telah diisi dengan sejumlah air yang sangat banyak iaitu 2.5 juta liter air. Selain boleh menyelam ke dasar kolam ini, kolam ini dilengkapi dengan jendela agar pengunjung dapat melihat kolam dari berbagai tingkat kedalaman.

Tuesday, 15 January 2013

Seni Duit Kertas : Idea Hantaran Kahwin? (7 Gambar)

Lipat.. gulung.... create!

Dalam budaya melayu duit hantaran kerap kali digubah menjadi bunga. Masa aku kahwin aku tak buat benda ini kerana aku pakai band draft. Takut wang hantaran dan maskahwin kena cilok. Seriously majlis kahwin pun ada naharoms yang berani mencuri. So better be safe dan hantar bank draft sahaja! Anyways kalau korang nak kekalkan tradisi tetapi wanna make it more awesome Kristi Malakoff pastinya akan memberikan inspirasi. Kristi dari Kanada menggunakan wang kertas untuk menggubah rekaan geometrik beliau dibawah. Awesome stuff!

In B4 "nanti nak bukak balik lepas gulung mesti shit bricks"




Lelaki Vs Wanita : Siapa Lebih Teruk Memandu?

Benarkah wanita memandu lebih teruk dari lelaki?




Khidmat Masyarakat - Penipuan Di Pc Fair (3 Gambar) Baru-Baru Ini



Serius Shit!

Bahaya! Bahaya! Nampaknya taktik keji yang selama ini anda mungkin hanya nampak di Reddit sudah mula menular ke negara kita. Dari entri asal di Lowyat Kopitiam , seorang user dengan nama dennis_san mendakwa teman beliau membeli sebuah portable hard disc. Bila pulang ke rumah beliau mendapati ada sesuatu yang tidak kena denganHDD yang dibelinya di PC Fair baru-baru ini. Lihatlah sendiri rupa HDD kencing yang dibeli oleh teman beliau!

Oleh itu berhati-hari bila ke PC Fair. Kalau ada HDD murah anda kena make sure it works. Sekarang HDD mahal dan ramai scammers menjual HDD ciplak macam ini dipasaran.

Just so you know alamat syarikat dibawah juga kencing. Tak tahulah macam mana kawan si dennis_san akan dapatkan balik pampasan. Belilah barangan komputer dari kedai yang ada good reputation. Ingat sebelum kena!


Serius Cool - Maria Tv : Stesen Tv Paling Syaria Compliant (5 Gambar)



Mesir!

Di Malaysia kita ada dua stesen TV yang muslamic raygun. Dua stesen TV ini ialahTV Al Hijrah dan Astro Oasis. Kedua-dua stesen ini mengudarakan rancangan berunsur keagamaan sepanjang masa. Mungkin inilah caranya orang Malaysia mahu melawan anasir kapir yang keji macam dalam video viral #SaveMaryam yang lolzy itu. Sungguhpun Al Hijrah dan Oasis adalah dua TV yang islamik, sebenarnya ianya masih dianggap tidak cukup Islamik jika dibandingkan dengan Maria TV. Maria TV ialah stesen TV muslimah Mesir yang dikendalikan oleh muslimah yang berniqab sepanjang masa. Semua pekerja Maria TV dari pengacara sehinggalah ke krew produksi memakai niqab.

Abeer Shahin, pengacara Maria TV berkata stesen TV ini diwujudkan bagi memberi ruang kepada muslimah bersuara. Semasa regim Mubarak berkuasa, wanita yang berhijab dan berniqab tidak pernah muncul di kaca TV kerana tidak secular compliant. Abeer berharap Maria TV akan memberi ruang kepada wanita seperti beliau bekerja dan pada masa yang sama memenuhi tuntukan menutup aurat yang mereka ikuti.

Maria TV mula beroperasi jumaat yang lalu sempena mengambil berkat hari pertama Ramadan al Mubarak tanpa Hosni Mubarak di Mesir. Buat masa ini stesen ini keudara 6 jam sehari dan masa operasi akan ditambah apabila permintaan meningkat.

Baguslah ada ruang untuk wanita berniqab menjadi hos TV. At least we can ALL AGREE that kita nonton TV kerana isi kandungannya bukan mahu lihat muka hos cantik tapi show fail nak mampos macam MYEG Extra Time.




Komando Wanita Tentera Afghanistan (9 Gambar)

Di Afghanistan sebuah skuad komando khas ditubuhkan dimana kesemua 12 orangahlinya terdiri dari wanita. Skuad khas ini ditubuhkan oleh tentera Afghanistan bagi menjaga sensitiviti penduduk tempatan. Menurut salah seorang ahlinya SarjanSara Delawar (27)beliau menyertai skuad ini bagi memastikan kehormatan wanita Afghanistan terjaga. Beliau kesal apabila melihat wanita Afghan dilakukan body search oleh askar berikat LELAKI. Pada pendapat beliau ini sangat tidak menghormati budaya Islam Afghanistan dimana haram bagi lelaki menyentuh wanita bukan muhrim. Penubuhan skuad ini juga ialah usaha Presiden Hamid Karzai bagi mengurangkan pergeseran antara tentera berikat yang bertugas dengan penduduk tempatan. Komando wanita ini lebih sensitif terhadap budaya tempatan dan ini diharap dapat menaikkan sokongan orang awam terhadap beliau dan mengurangkan sympathisers Taliban. #SeemsLegit