Thursday, 13 December 2012

Misteri Karak


Selama ni selalu sangat kita dengar misteri jalan karak lama ni.. Penulis tertanya-tanya adakah ini semua betul atau hanya rekaan sesetengah pihak untuk kepentingan “mereka” ,tetapi kalau ini hanya rekaan apakah kepentingan yang “mereka” dapat? Wallahuallam..

1.Cerita seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni. Nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih canti. Apa lagi, poli terebut terus melarikan diri la sampai genting sempah(petronas)..

2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?

4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5.Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa,Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap..

6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!

No comments: