Fasha keluar dari bilik asramanya untuk ke tandas tetapi memandangkan sepanjang koridor terlalu sunyi berikutan jam di dinding pun sudah menunjukkan pukul 3 pagi maka Fasha berpatah balik dan cuba mengajak 2 orang rakan baiknya iaitu Izara(bukan nama sebenar) dan Neelofa(dan bukan nama sebenar jugak) untuk menamaninya ke tandas. Fasha bersusah payah mengejutkan mereka dari tidur yang nyenyak di atas tilam yang empuk. Mereka bangun dan bertanya kepada Fasha :-
Izara : Alahhhhhh!! Kacau lah aku nak tidur! Kau nak apa?
Fasha : Teman aku kejap pergi tandas! Tolong! Sakit perut sangat nih!
Neelofa : Esok - esok jer lah kau berak Fasha! Aku mengantuk nih! Selamat malam!
Fasha : Cis! Bangun lah weh! Hari tu aku teman korang! Malam nih korang pula lah teman aku!
Izara : Hah! Mengungkit! Mengungkit!
Fasha : Tak kisah lah ungkit ker tak! Janji korang dua kena teman aku pergi tandas! Sekaranggggg!! Aku dah tak tahan dah nihh!!
Neelofa : Yer lahhhhhhhh!!
Fuyoo... ada minah penunggu toilet |
Fasha : Korang berdua tunggu aku tau! Jangan balik bilik pula! Nanti putus kawan!(jerit Fasha dari dalam bilik air)
Namun, tiada langsung sahutan balas daripada Izara mahu pun Neelofa. Fasha mula takut dan sedikit marah kerana geram dengan beranggapan Izara dan Neelofa telah meninggalkannya seorang diri di dalam tandas. Jadi, selepas selesai urusannya di dalam bilik air maka dia pun berlari masuk ke dalam biliknya dengan segera kerana ketakutan. Sampai sahaja dia di bilik di lihatnya Izara sedang nyenyak tidur manakala katil si Neelofa pula kosong tanpa tuannya. Fasha pun terus memejamkan mata. Keesokkan harinya sewaktu di dewan makan si Fasha bertanya kepada Izara.
Fasha : Eh, Izara! Mana si Neelofa?
Izara : Neelofa? Neelofa kan balik rumah! Kau nih boleh buat lupa pula! Kan kita berdua yang hantar dia sampai dekat pondok pengawal petang semalam.
Fasha : Eh? Biar betul nih!
Izara : Habis selama nih pernah ker aku tipu kau Fasha? (Izara memang seorang yang bercakap benar)
Fasha : Alamak!!! (muka pucat)
Izara : Eh? Kenapa kau pucat tiba - tiba nih?
Fasha : Pagi tadi...pagi tadi...
Izara : Dah kenapa tiba - tiba kau gagap pula nih? Ada apa dengan pagi tadi?
Fasha : Pagi tadi aku sakit perut! Lepas tu aku ajak kau dengan Neelofa teman aku pergi tandas. Aku sendiri yang kejutkan kau dengan Neelofa. Habis Neelofa tu...
Izara : Kejap..kejap...kau kejut aku pergi tandas?
Fasha : Ialah! Aku kejut kau dengan Neelofa pergi tandas lah!
Izara : Kau kejut aku dekat mana?
Fasha : Aku kejut kau dekat katil kau lah! Takkan katil Neelofa pula. Adoi!
Izara : Masalahnya semalam aku tidur dekat bilik sebelah! Aku tak balik pun bilik kita semalam. Kau biar betul?
Fasha : Woiii!! Agak - agak lah kau nak bergurau! Ker kau nak kenakan aku? Habis tu yang semalam tu sapa pula?
Izara : Sumpah weh aku tak tidur dekat bilik kita semalam. Tak percaya kau tanya budak bilik sebelah!
Fasha : ......................(Pucat macam kena cat)
TAMAT
Amacam? Seram Tak? Siapakah Sebenarnya Izara Dan Neelofa Yang Menemani Fasha Pada Pagi Itu?
aku sarankan kat korang..kalau nak pegi tandas baik pegi sorang-sorang..hehe
P/S: Citer Vanilla Coklat sebenarnya lebih seram daripada citer hantu...
No comments:
Post a Comment