Tuesday, 15 January 2013

Biodata Penuh Johan & Zizan Raja Lawak


Biodata Jozan, Gambar Johan Dan Zizan Raja Lawak – Sejarah Jozan, Ah Chai Dan Mael Lambung
Ada penduduk Malaysia yang masih tak kenal dengan Johan dan Zizan Raja Lawak? Haha. Kalau tak kenal aku rasa orang tu mesti tak pernah tengok tv, ataupun dia jenis manusia yang tak sukakan benda yang ada unsur humour. Mereka mula dikenali sejak memenangi tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan Raja Lawak Musim Pertama.
jozan maharaja lawak
Nama Johan dan Zizan semakin melonjak apabila mereka bergandingan dan mula menimbulkan satu fenomena baru iaitu Jozan. Untuk pengetahuan bagi mereka yang slowpoke, nama Jozan itu adalah gabungan daripada JOhan + ziZAN = JOZAN. Haha. Jozan sekali lagi membuat satu watak baru hasil gandingan mereka iaitu Mael Lambung dan juga Ah Chai.
Maharaja Lawak Jozan
Watak Ah Chai mula diwujudkan apabila Johan dan Zizan menjadi pengacara bagi Raja Lawak musim yang lain manakala Mael Lambung bermula dalam pertandingan Maharaja Lawak. Dan kini, watak Mael Lambung dan Ah Chai itu sudah dijadikan filem dan aku rasa sekarang masih dalam peringkat penggambaran. Sama-sama kita nantikan.
Johan Raja Lawak
BIODATA JOHAN RAJA LAWAK
Nama penuh : Mohamad Yazid Lim Bin Mohamad Aziz.
Nama gelaran : Johan Raja Lawak dan Ah Chai
Umur : 27 tahun.
Tarikh Lahir : 13 Jun 1984
Asal : Ampang, Selangor.
Status : Berkahwin
Isteri : Ozlynn Wati Ismail
Anak : Ahmad Sodiq Hainana
Twitter : @johan_rajalawak
TELEMOVIE :
  • Hang Pa La Hantu
  • Osman Berani
  • Halimah Jongang
  • Nak Balik Raya
  • Duyong & Dugong
  • Loklak
  • Awekku Bukan Awekmu.
DRAMA :
  • Chaparela
  • Rabunnya Cinta
  • Alang Menanti Malang
  • Semanis Janji (RTM)
  • Oh Yeah
  • Redah Kasi Pecah
  • Raja Lawak.
FILEM :
  • Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Libas
  • Raya Tak Jadi
  • Bohsia
  • Bujang Terlajak
  • Berani Punya Budak
  • Uncle Usin
PENCAPAIAN TERTINGGI DALAM HIDUP :
Tempat ke-3 Raja Lawak musim pertama
Top 5 ABPBH (Artis Komedi Popular)
PENGALAMAN MENARIK GILA BERGELAR ARTIS :
Tengok reaksi peminat apabila salah panggil nama saya.
SUMBER INSPIRASI :
  • Youtube
  • Isteri
  • Buku
  • Keluarga
  • Internet
  • Persekitaran.
HARAPAN UNTUK MAHARAJA LAWAK :
Akan cuba buat yang terbaik dan meningkatkan martabat pelawak-pelawak Malaysia.
Razizan Razak (Zizan Raja Lawak)
BIODATA ZIZAN RAJA LAWAK :
Nama penuh : Razizan Bin Abd Razak
Nama gelaran : Zizan Raja Lawak dan Mael Lambung
Umur : 27 tahun
Tarikh Lahir : 15 April 1984
Asal : Dungun, Terengganu
Status : Bujang
Twitter : @zizanrajalawak
Website : zizanfc.com
FILEM :
  • Uncle Usin
  • Kapoww! Atoi The Ajaib Boy
  • KL Gengster
  • Hantu Bonceng
  • Bohsia 2: Jalan Kembali.
TEATER : 
  • Tengku Dalam Kalsom
  • Ngilu
  • Mayang Ngoyang.
PROGRAM TV : 
  • Citra Warna 2001
  • Radio RTM
  • AC Di Sini
  • Fulus Mania
  • Jozan Show (Musim 1)
  • Raja Lawak (Musim 2 – 5)
  • Idola Kecil 2009.
HOST :
  • Zizan Show
  • Anda Ada 60 Saat
  • Bolos
  • Remaja Ekstream
  • Jangan Betulkan TV Anda (Singapura).
PENCAPAIAN TERTINGGI DALAM HIDUP :
SPM
PENGALAMAN MENARIK GILA BERGELAR ARTIS :
Bila lawak menjadi.
SUMBER INSPIRASI :
Diri sendiri dan orang sekeliling.
HARAPAN UNTUK MAHARAJA LAWAK :
Mendidik masyarakat dalam melawak.
Tak sabar aku nak tunggu bila keluar movie Mael Lambung dan Ah Chai. Korang dah tengok Lawak Ke Der? Kalau belum better korang tengok, tapi bagi aku part Jozan paling lawak sebab idea diorang masih fresh walaupun gunakan watak yang sama iaitu Mael Lambung dan Ah Chai.

Monday, 14 January 2013

Siapa Fatin Liyana ?



Fatin Liyana adalah seorang gadis yang paling dicari di google search Malaysia pada tahun 2011. Di dalam data yang dikeluarkan oleh google zeitgeist, Fatin Liyana tersenarai di ranking ke-6 dalam kategori “Fastest Rising People” iaitu manusia yang paling dicari di Malaysia pada tahun 2011.
.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Fatin Liyana, kali ini saya akan membongkar siapakah sebenarnya gadis yang bernama Fatin Liyana ini. Fatin Liyana merupakan pemilik blog honeykoyuki.blogspot.com. Bermula sebagai blogger pada tanggal 5 Januari 2009, gadis cantik molek ini dikenali ramai apabila berjaya menarik minat pembaca setia ke blognya. .

.
Fatin Liyana merupakan pelajar jurusan perubatan di Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia. Pada awalnya, Fatin menulis blog bagi mengabadikan kenangan pahit manisnya sepanjang berada di Indonesia. Pelbagai cerita pahit manis diceritakan pada blognya. .
.
Antara cerita Fatin di blognya adalah: .
“Paling menyakitkan hati segelintir peniaga sesuka hati menaikkan harga nasi ayam penyet daripada 7,000 rupiah (RM2.50) kepada 20,000 (RM7) walaupun harga asalnya tertera pada menu,” cerita Fatin.

Setiap usaha pasti ada hasilnya, setelah 3 tahun laman blog http://honeykoyuki.blogspot.com/ kini mempunyai 33819 pengikut. Fatin Liyana gemar berkongsi tip kecantikan dan gaya hidup di blog miliknya itu. “Saya menulis blog sekadar ingin mengelakkan kebosanan bukan kerana populariti,” katanya yang pernah memperoleh pendapatan sebanyak RM2,500 sebulan daripada laman blog tersebut. .
.
Terbaru, Fatin sedang menjalani latihan praktikal di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur begitu mencintai bidang perubatan. .
.
“Impian saya adalah untuk menjadi seorang yang boleh menyumbang sekurang-kurangnya kepada ibu bapa sendiri.“Menjadi seorang doktor adalah impian saya. Cita-cita itu terlaksana jika saya dapat menamatkan pengajian yang berbaki dua tahun lagi,” kata gadis berbintang Gemini ini.

Resepi Ayam Goreng KFC Paling Rangup



Resepi Ayam Goreng KFC ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.

Bahan-Bahan Resepi Ayam Goreng KFC
1/2 ekor ayam (potong
2c tepung kentucky (ade jual kat pasaraya)
1 c breadcrumbs (jk xde, toast 3 keping roti n blend)
2sb jus lemon
3bj telur
garam
serbuk lada putih
Ciliserbuk (flakes)

Cara Membuat Resepi Ayam Goreng KFC
1. Gaul ayam dgn jus limau, 1 telur, lada, garam dan 1/2 c tepung
2. Perap dalam petisejuk selama 1j
3. Masukkan dlm 3 mangkok berbeza – 1. tepung kfc, 2. Telur, 3. breadcrumbs (masukkan ciliflakes)
4. ambik seketul ayam, lumur dengan tepung n kepal kuat2 supaya tepung melekat kat ayam. Pastu celup dlm telur. Lps tu golek kat breadcrumbs pula
5. Terus goreng dalam minyak yang banyak (deep frying) n betul2 panas. (kalau ade pressure cooker, biasa dlm
20 min dah garing dah ayam tu)
6. Bl dah agak perang, tutup kuali dengan penutup n kecilkan api
7. Biar ayam benar2 masak baru angkat n tos
8. Hidang ayam panas2 bersama kentang lecek/putar atau mkn gitu sj.
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsiresipi ayam goreng kfc

Taman Tema Real Madrid Di Uae (7 Gambar)

Hala Madrid KLIK SINI

Nampaknya Real Madrid akan menjadi kelab bolasepak pertama yang mempunyai taman temanya sendiri. Taman teman Real Madrid beharga USD 1 Billion sedang dibina di Ras al-Khaimah Emiriah Arab Bersatu dan akan siap seawal 2015. Didalam taman teman ini akan dibina hotel mewah, stadium, muzium dan taman permainan yang kesemunya bertemakan Madrid. Ini ialah usaha Madrid untuk memonopoli pasaran bolasepak Asia. Dianggarkan lebih separuh dari 300 Juta penyokong Madrid tinggal di Asia. Jadi keasemua Madritistas, jangan lupa ke Ras al-Khaimah bila taman tema ini siap kelak!



Kuala Lumpur Suatu Ketika Dahulu (17 Gambar)

Woah!

Admit it.... Kuala Lumpur zaman dahulu nampak lagi cantik dan kemas. Sekarang agak serabut!


Cara Pakistan Memusnahkan Arak Yang Dirampas (9 Gambar)

Sempena Jumaat

Sempena hari jumaat yang suci ini mari kita lihat bagaimana arak dan juga dadah yang dirampas pihak penguasa Pakistan dimusnahkan.Dadah dan arak yang diseludup dimusnahkan dengan menggunakan penggelek stim dan dibakar.  Kami kerap kali menunjukkan cara dadah dimusnahkan tetapi tidak pernah lagi melihat arak yang dimusnahkan secara pukal. Di Malaysia juga kita hanya dapat melihat dadah dimusnahkan tetapi arak setahu kami tak pernah lagi kami lihat dalam laporan berita.

Well now you know how it looks like!




Villa Percutian Mewah Di Lombok (11 Gambar)

Lombok mempunyai padangan yang buruk di Malaysia. Orang lelaki Lombok dikatakan pedo kerana banyak mengorat anak gadis bawah umur di Malaysia yang kemudiannya di bawa lari ke sana. Kini anda boleh ke Lombok dan bercuti. Villa Sapi ialah sebuah villa yang boleh disewa pada harga USD800 keUSD1200 semalam bergantung kepada musim tempahan. Nampak menarik dan mungkin jika anda wang anda boleh ngorat awek Lombok dan bawa lari ke Malaysia pula.