Tuesday 15 January 2013

Biodata Penuh Johan & Zizan Raja Lawak


Biodata Jozan, Gambar Johan Dan Zizan Raja Lawak – Sejarah Jozan, Ah Chai Dan Mael Lambung
Ada penduduk Malaysia yang masih tak kenal dengan Johan dan Zizan Raja Lawak? Haha. Kalau tak kenal aku rasa orang tu mesti tak pernah tengok tv, ataupun dia jenis manusia yang tak sukakan benda yang ada unsur humour. Mereka mula dikenali sejak memenangi tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan Raja Lawak Musim Pertama.
jozan maharaja lawak
Nama Johan dan Zizan semakin melonjak apabila mereka bergandingan dan mula menimbulkan satu fenomena baru iaitu Jozan. Untuk pengetahuan bagi mereka yang slowpoke, nama Jozan itu adalah gabungan daripada JOhan + ziZAN = JOZAN. Haha. Jozan sekali lagi membuat satu watak baru hasil gandingan mereka iaitu Mael Lambung dan juga Ah Chai.
Maharaja Lawak Jozan
Watak Ah Chai mula diwujudkan apabila Johan dan Zizan menjadi pengacara bagi Raja Lawak musim yang lain manakala Mael Lambung bermula dalam pertandingan Maharaja Lawak. Dan kini, watak Mael Lambung dan Ah Chai itu sudah dijadikan filem dan aku rasa sekarang masih dalam peringkat penggambaran. Sama-sama kita nantikan.
Johan Raja Lawak
BIODATA JOHAN RAJA LAWAK
Nama penuh : Mohamad Yazid Lim Bin Mohamad Aziz.
Nama gelaran : Johan Raja Lawak dan Ah Chai
Umur : 27 tahun.
Tarikh Lahir : 13 Jun 1984
Asal : Ampang, Selangor.
Status : Berkahwin
Isteri : Ozlynn Wati Ismail
Anak : Ahmad Sodiq Hainana
Twitter : @johan_rajalawak
TELEMOVIE :
  • Hang Pa La Hantu
  • Osman Berani
  • Halimah Jongang
  • Nak Balik Raya
  • Duyong & Dugong
  • Loklak
  • Awekku Bukan Awekmu.
DRAMA :
  • Chaparela
  • Rabunnya Cinta
  • Alang Menanti Malang
  • Semanis Janji (RTM)
  • Oh Yeah
  • Redah Kasi Pecah
  • Raja Lawak.
FILEM :
  • Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Libas
  • Raya Tak Jadi
  • Bohsia
  • Bujang Terlajak
  • Berani Punya Budak
  • Uncle Usin
PENCAPAIAN TERTINGGI DALAM HIDUP :
Tempat ke-3 Raja Lawak musim pertama
Top 5 ABPBH (Artis Komedi Popular)
PENGALAMAN MENARIK GILA BERGELAR ARTIS :
Tengok reaksi peminat apabila salah panggil nama saya.
SUMBER INSPIRASI :
  • Youtube
  • Isteri
  • Buku
  • Keluarga
  • Internet
  • Persekitaran.
HARAPAN UNTUK MAHARAJA LAWAK :
Akan cuba buat yang terbaik dan meningkatkan martabat pelawak-pelawak Malaysia.
Razizan Razak (Zizan Raja Lawak)
BIODATA ZIZAN RAJA LAWAK :
Nama penuh : Razizan Bin Abd Razak
Nama gelaran : Zizan Raja Lawak dan Mael Lambung
Umur : 27 tahun
Tarikh Lahir : 15 April 1984
Asal : Dungun, Terengganu
Status : Bujang
Twitter : @zizanrajalawak
Website : zizanfc.com
FILEM :
  • Uncle Usin
  • Kapoww! Atoi The Ajaib Boy
  • KL Gengster
  • Hantu Bonceng
  • Bohsia 2: Jalan Kembali.
TEATER : 
  • Tengku Dalam Kalsom
  • Ngilu
  • Mayang Ngoyang.
PROGRAM TV : 
  • Citra Warna 2001
  • Radio RTM
  • AC Di Sini
  • Fulus Mania
  • Jozan Show (Musim 1)
  • Raja Lawak (Musim 2 – 5)
  • Idola Kecil 2009.
HOST :
  • Zizan Show
  • Anda Ada 60 Saat
  • Bolos
  • Remaja Ekstream
  • Jangan Betulkan TV Anda (Singapura).
PENCAPAIAN TERTINGGI DALAM HIDUP :
SPM
PENGALAMAN MENARIK GILA BERGELAR ARTIS :
Bila lawak menjadi.
SUMBER INSPIRASI :
Diri sendiri dan orang sekeliling.
HARAPAN UNTUK MAHARAJA LAWAK :
Mendidik masyarakat dalam melawak.
Tak sabar aku nak tunggu bila keluar movie Mael Lambung dan Ah Chai. Korang dah tengok Lawak Ke Der? Kalau belum better korang tengok, tapi bagi aku part Jozan paling lawak sebab idea diorang masih fresh walaupun gunakan watak yang sama iaitu Mael Lambung dan Ah Chai.

2 comments:

Anonymous said...

betul ke nama sebenar yazid lim???tapi kenapa panggil Johan????

Anonymous said...

betul ke nama sebenar yazid lim???tapi kenapa panggil Johan????