Sunday, 20 January 2013

Kentut Lembu Dijual Dalam Tin!


Bagi anda yang sudah lama berhijrah ke bandar, sudah tentu kadang-kala akan merindui kampung halaman.
Jadi atas inisiatif itu, sebuah syarikat di Jerman telah menjual kentut lembu di dalam tin!
Tin yang diisi dengan udara yang disedut dari kayu yang sudah tua dan longgokan jerami yang penuh dengan ‘gas’ yang dikeluarkan oleh hasil ternakan lembu telah menjadi begitu diminati ramai.
Pengurus dari projek ‘Countryside air to go’ berkata pelanggan utama mereka adalah dikalangan mereka yang telah berhijrah ke kota dan rindukan suasana desa tempat tinggal mereka.
Kos bagi satu tin ini berharga £5 (lebih RM20) dan boleh ditempah di laman web www.stallduft.de.
Satu tag iklannya berbunyi ‘Hanya letakkan hidung pada tin ini akan mengembalikan aroma tulen desa anda’.
Pereka Daniela Dorrer, yang berasal dari desa Adlkofen di Bavaria, Jerman berkata kami berharap kepada mereka yang telah meninggalkan desa merasa gembira dan ingat kepada kampung halaman mereka.
“Kami merancang untuk bau lain seperti kuda, jerami, babi dan baja.
“Tetapi kebanyakan orang merindukan bau lembu, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana kebanyakkan bau berasal dari lembu,” katanya.
Sementara itu, menurut pakar, kentut dan sendawa lembu boleh menyebabkan masalah pemanasan global.
Seekor lembu sahaja boleh mengeluarkan gas metana berbahaya dalam sehari cukup untuk mengisi botol berisipadu 400 liter dan ia sangat tidak baik untuk persekitaran.
Jadi dengan menyedut kentut lembu ini, mungkin mereka fikir ia boleh membantu menyelesaikan pemanasan global.

Inilah Kolam Renang Paling Dalam Di Dunia

Nemo 33, pusat rekreasi scuba diving yang terletak di Uccle, Belgium adalah kolam renang terdalam di dunia. Kolam renang ini mempunyai dua dasar besar. Dasar terendah di peringkat kedalaman 16 kaki dan 32 kaki dan sebuah lubang melingkar besar turun hingga mencapai kedalaman 108 kaki.


Kolam ini telah diisi dengan sejumlah air yang sangat banyak iaitu 2.5 juta liter air. Selain boleh menyelam ke dasar kolam ini, kolam ini dilengkapi dengan jendela agar pengunjung dapat melihat kolam dari berbagai tingkat kedalaman.

Tuesday, 15 January 2013

Seni Duit Kertas : Idea Hantaran Kahwin? (7 Gambar)

Lipat.. gulung.... create!

Dalam budaya melayu duit hantaran kerap kali digubah menjadi bunga. Masa aku kahwin aku tak buat benda ini kerana aku pakai band draft. Takut wang hantaran dan maskahwin kena cilok. Seriously majlis kahwin pun ada naharoms yang berani mencuri. So better be safe dan hantar bank draft sahaja! Anyways kalau korang nak kekalkan tradisi tetapi wanna make it more awesome Kristi Malakoff pastinya akan memberikan inspirasi. Kristi dari Kanada menggunakan wang kertas untuk menggubah rekaan geometrik beliau dibawah. Awesome stuff!

In B4 "nanti nak bukak balik lepas gulung mesti shit bricks"




Lelaki Vs Wanita : Siapa Lebih Teruk Memandu?

Benarkah wanita memandu lebih teruk dari lelaki?




Khidmat Masyarakat - Penipuan Di Pc Fair (3 Gambar) Baru-Baru Ini



Serius Shit!

Bahaya! Bahaya! Nampaknya taktik keji yang selama ini anda mungkin hanya nampak di Reddit sudah mula menular ke negara kita. Dari entri asal di Lowyat Kopitiam , seorang user dengan nama dennis_san mendakwa teman beliau membeli sebuah portable hard disc. Bila pulang ke rumah beliau mendapati ada sesuatu yang tidak kena denganHDD yang dibelinya di PC Fair baru-baru ini. Lihatlah sendiri rupa HDD kencing yang dibeli oleh teman beliau!

Oleh itu berhati-hari bila ke PC Fair. Kalau ada HDD murah anda kena make sure it works. Sekarang HDD mahal dan ramai scammers menjual HDD ciplak macam ini dipasaran.

Just so you know alamat syarikat dibawah juga kencing. Tak tahulah macam mana kawan si dennis_san akan dapatkan balik pampasan. Belilah barangan komputer dari kedai yang ada good reputation. Ingat sebelum kena!


Serius Cool - Maria Tv : Stesen Tv Paling Syaria Compliant (5 Gambar)



Mesir!

Di Malaysia kita ada dua stesen TV yang muslamic raygun. Dua stesen TV ini ialahTV Al Hijrah dan Astro Oasis. Kedua-dua stesen ini mengudarakan rancangan berunsur keagamaan sepanjang masa. Mungkin inilah caranya orang Malaysia mahu melawan anasir kapir yang keji macam dalam video viral #SaveMaryam yang lolzy itu. Sungguhpun Al Hijrah dan Oasis adalah dua TV yang islamik, sebenarnya ianya masih dianggap tidak cukup Islamik jika dibandingkan dengan Maria TV. Maria TV ialah stesen TV muslimah Mesir yang dikendalikan oleh muslimah yang berniqab sepanjang masa. Semua pekerja Maria TV dari pengacara sehinggalah ke krew produksi memakai niqab.

Abeer Shahin, pengacara Maria TV berkata stesen TV ini diwujudkan bagi memberi ruang kepada muslimah bersuara. Semasa regim Mubarak berkuasa, wanita yang berhijab dan berniqab tidak pernah muncul di kaca TV kerana tidak secular compliant. Abeer berharap Maria TV akan memberi ruang kepada wanita seperti beliau bekerja dan pada masa yang sama memenuhi tuntukan menutup aurat yang mereka ikuti.

Maria TV mula beroperasi jumaat yang lalu sempena mengambil berkat hari pertama Ramadan al Mubarak tanpa Hosni Mubarak di Mesir. Buat masa ini stesen ini keudara 6 jam sehari dan masa operasi akan ditambah apabila permintaan meningkat.

Baguslah ada ruang untuk wanita berniqab menjadi hos TV. At least we can ALL AGREE that kita nonton TV kerana isi kandungannya bukan mahu lihat muka hos cantik tapi show fail nak mampos macam MYEG Extra Time.




Komando Wanita Tentera Afghanistan (9 Gambar)

Di Afghanistan sebuah skuad komando khas ditubuhkan dimana kesemua 12 orangahlinya terdiri dari wanita. Skuad khas ini ditubuhkan oleh tentera Afghanistan bagi menjaga sensitiviti penduduk tempatan. Menurut salah seorang ahlinya SarjanSara Delawar (27)beliau menyertai skuad ini bagi memastikan kehormatan wanita Afghanistan terjaga. Beliau kesal apabila melihat wanita Afghan dilakukan body search oleh askar berikat LELAKI. Pada pendapat beliau ini sangat tidak menghormati budaya Islam Afghanistan dimana haram bagi lelaki menyentuh wanita bukan muhrim. Penubuhan skuad ini juga ialah usaha Presiden Hamid Karzai bagi mengurangkan pergeseran antara tentera berikat yang bertugas dengan penduduk tempatan. Komando wanita ini lebih sensitif terhadap budaya tempatan dan ini diharap dapat menaikkan sokongan orang awam terhadap beliau dan mengurangkan sympathisers Taliban. #SeemsLegit





Biodata Penuh Johan & Zizan Raja Lawak


Biodata Jozan, Gambar Johan Dan Zizan Raja Lawak – Sejarah Jozan, Ah Chai Dan Mael Lambung
Ada penduduk Malaysia yang masih tak kenal dengan Johan dan Zizan Raja Lawak? Haha. Kalau tak kenal aku rasa orang tu mesti tak pernah tengok tv, ataupun dia jenis manusia yang tak sukakan benda yang ada unsur humour. Mereka mula dikenali sejak memenangi tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan Raja Lawak Musim Pertama.
jozan maharaja lawak
Nama Johan dan Zizan semakin melonjak apabila mereka bergandingan dan mula menimbulkan satu fenomena baru iaitu Jozan. Untuk pengetahuan bagi mereka yang slowpoke, nama Jozan itu adalah gabungan daripada JOhan + ziZAN = JOZAN. Haha. Jozan sekali lagi membuat satu watak baru hasil gandingan mereka iaitu Mael Lambung dan juga Ah Chai.
Maharaja Lawak Jozan
Watak Ah Chai mula diwujudkan apabila Johan dan Zizan menjadi pengacara bagi Raja Lawak musim yang lain manakala Mael Lambung bermula dalam pertandingan Maharaja Lawak. Dan kini, watak Mael Lambung dan Ah Chai itu sudah dijadikan filem dan aku rasa sekarang masih dalam peringkat penggambaran. Sama-sama kita nantikan.
Johan Raja Lawak
BIODATA JOHAN RAJA LAWAK
Nama penuh : Mohamad Yazid Lim Bin Mohamad Aziz.
Nama gelaran : Johan Raja Lawak dan Ah Chai
Umur : 27 tahun.
Tarikh Lahir : 13 Jun 1984
Asal : Ampang, Selangor.
Status : Berkahwin
Isteri : Ozlynn Wati Ismail
Anak : Ahmad Sodiq Hainana
Twitter : @johan_rajalawak
TELEMOVIE :
  • Hang Pa La Hantu
  • Osman Berani
  • Halimah Jongang
  • Nak Balik Raya
  • Duyong & Dugong
  • Loklak
  • Awekku Bukan Awekmu.
DRAMA :
  • Chaparela
  • Rabunnya Cinta
  • Alang Menanti Malang
  • Semanis Janji (RTM)
  • Oh Yeah
  • Redah Kasi Pecah
  • Raja Lawak.
FILEM :
  • Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Libas
  • Raya Tak Jadi
  • Bohsia
  • Bujang Terlajak
  • Berani Punya Budak
  • Uncle Usin
PENCAPAIAN TERTINGGI DALAM HIDUP :
Tempat ke-3 Raja Lawak musim pertama
Top 5 ABPBH (Artis Komedi Popular)
PENGALAMAN MENARIK GILA BERGELAR ARTIS :
Tengok reaksi peminat apabila salah panggil nama saya.
SUMBER INSPIRASI :
  • Youtube
  • Isteri
  • Buku
  • Keluarga
  • Internet
  • Persekitaran.
HARAPAN UNTUK MAHARAJA LAWAK :
Akan cuba buat yang terbaik dan meningkatkan martabat pelawak-pelawak Malaysia.
Razizan Razak (Zizan Raja Lawak)
BIODATA ZIZAN RAJA LAWAK :
Nama penuh : Razizan Bin Abd Razak
Nama gelaran : Zizan Raja Lawak dan Mael Lambung
Umur : 27 tahun
Tarikh Lahir : 15 April 1984
Asal : Dungun, Terengganu
Status : Bujang
Twitter : @zizanrajalawak
Website : zizanfc.com
FILEM :
  • Uncle Usin
  • Kapoww! Atoi The Ajaib Boy
  • KL Gengster
  • Hantu Bonceng
  • Bohsia 2: Jalan Kembali.
TEATER : 
  • Tengku Dalam Kalsom
  • Ngilu
  • Mayang Ngoyang.
PROGRAM TV : 
  • Citra Warna 2001
  • Radio RTM
  • AC Di Sini
  • Fulus Mania
  • Jozan Show (Musim 1)
  • Raja Lawak (Musim 2 – 5)
  • Idola Kecil 2009.
HOST :
  • Zizan Show
  • Anda Ada 60 Saat
  • Bolos
  • Remaja Ekstream
  • Jangan Betulkan TV Anda (Singapura).
PENCAPAIAN TERTINGGI DALAM HIDUP :
SPM
PENGALAMAN MENARIK GILA BERGELAR ARTIS :
Bila lawak menjadi.
SUMBER INSPIRASI :
Diri sendiri dan orang sekeliling.
HARAPAN UNTUK MAHARAJA LAWAK :
Mendidik masyarakat dalam melawak.
Tak sabar aku nak tunggu bila keluar movie Mael Lambung dan Ah Chai. Korang dah tengok Lawak Ke Der? Kalau belum better korang tengok, tapi bagi aku part Jozan paling lawak sebab idea diorang masih fresh walaupun gunakan watak yang sama iaitu Mael Lambung dan Ah Chai.

Monday, 14 January 2013

Siapa Fatin Liyana ?



Fatin Liyana adalah seorang gadis yang paling dicari di google search Malaysia pada tahun 2011. Di dalam data yang dikeluarkan oleh google zeitgeist, Fatin Liyana tersenarai di ranking ke-6 dalam kategori “Fastest Rising People” iaitu manusia yang paling dicari di Malaysia pada tahun 2011.
.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Fatin Liyana, kali ini saya akan membongkar siapakah sebenarnya gadis yang bernama Fatin Liyana ini. Fatin Liyana merupakan pemilik blog honeykoyuki.blogspot.com. Bermula sebagai blogger pada tanggal 5 Januari 2009, gadis cantik molek ini dikenali ramai apabila berjaya menarik minat pembaca setia ke blognya. .

.
Fatin Liyana merupakan pelajar jurusan perubatan di Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia. Pada awalnya, Fatin menulis blog bagi mengabadikan kenangan pahit manisnya sepanjang berada di Indonesia. Pelbagai cerita pahit manis diceritakan pada blognya. .
.
Antara cerita Fatin di blognya adalah: .
“Paling menyakitkan hati segelintir peniaga sesuka hati menaikkan harga nasi ayam penyet daripada 7,000 rupiah (RM2.50) kepada 20,000 (RM7) walaupun harga asalnya tertera pada menu,” cerita Fatin.

Setiap usaha pasti ada hasilnya, setelah 3 tahun laman blog http://honeykoyuki.blogspot.com/ kini mempunyai 33819 pengikut. Fatin Liyana gemar berkongsi tip kecantikan dan gaya hidup di blog miliknya itu. “Saya menulis blog sekadar ingin mengelakkan kebosanan bukan kerana populariti,” katanya yang pernah memperoleh pendapatan sebanyak RM2,500 sebulan daripada laman blog tersebut. .
.
Terbaru, Fatin sedang menjalani latihan praktikal di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur begitu mencintai bidang perubatan. .
.
“Impian saya adalah untuk menjadi seorang yang boleh menyumbang sekurang-kurangnya kepada ibu bapa sendiri.“Menjadi seorang doktor adalah impian saya. Cita-cita itu terlaksana jika saya dapat menamatkan pengajian yang berbaki dua tahun lagi,” kata gadis berbintang Gemini ini.

Resepi Ayam Goreng KFC Paling Rangup



Resepi Ayam Goreng KFC ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.

Bahan-Bahan Resepi Ayam Goreng KFC
1/2 ekor ayam (potong
2c tepung kentucky (ade jual kat pasaraya)
1 c breadcrumbs (jk xde, toast 3 keping roti n blend)
2sb jus lemon
3bj telur
garam
serbuk lada putih
Ciliserbuk (flakes)

Cara Membuat Resepi Ayam Goreng KFC
1. Gaul ayam dgn jus limau, 1 telur, lada, garam dan 1/2 c tepung
2. Perap dalam petisejuk selama 1j
3. Masukkan dlm 3 mangkok berbeza – 1. tepung kfc, 2. Telur, 3. breadcrumbs (masukkan ciliflakes)
4. ambik seketul ayam, lumur dengan tepung n kepal kuat2 supaya tepung melekat kat ayam. Pastu celup dlm telur. Lps tu golek kat breadcrumbs pula
5. Terus goreng dalam minyak yang banyak (deep frying) n betul2 panas. (kalau ade pressure cooker, biasa dlm
20 min dah garing dah ayam tu)
6. Bl dah agak perang, tutup kuali dengan penutup n kecilkan api
7. Biar ayam benar2 masak baru angkat n tos
8. Hidang ayam panas2 bersama kentang lecek/putar atau mkn gitu sj.
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsiresipi ayam goreng kfc

Taman Tema Real Madrid Di Uae (7 Gambar)

Hala Madrid KLIK SINI

Nampaknya Real Madrid akan menjadi kelab bolasepak pertama yang mempunyai taman temanya sendiri. Taman teman Real Madrid beharga USD 1 Billion sedang dibina di Ras al-Khaimah Emiriah Arab Bersatu dan akan siap seawal 2015. Didalam taman teman ini akan dibina hotel mewah, stadium, muzium dan taman permainan yang kesemunya bertemakan Madrid. Ini ialah usaha Madrid untuk memonopoli pasaran bolasepak Asia. Dianggarkan lebih separuh dari 300 Juta penyokong Madrid tinggal di Asia. Jadi keasemua Madritistas, jangan lupa ke Ras al-Khaimah bila taman tema ini siap kelak!



Kuala Lumpur Suatu Ketika Dahulu (17 Gambar)

Woah!

Admit it.... Kuala Lumpur zaman dahulu nampak lagi cantik dan kemas. Sekarang agak serabut!


Cara Pakistan Memusnahkan Arak Yang Dirampas (9 Gambar)

Sempena Jumaat

Sempena hari jumaat yang suci ini mari kita lihat bagaimana arak dan juga dadah yang dirampas pihak penguasa Pakistan dimusnahkan.Dadah dan arak yang diseludup dimusnahkan dengan menggunakan penggelek stim dan dibakar.  Kami kerap kali menunjukkan cara dadah dimusnahkan tetapi tidak pernah lagi melihat arak yang dimusnahkan secara pukal. Di Malaysia juga kita hanya dapat melihat dadah dimusnahkan tetapi arak setahu kami tak pernah lagi kami lihat dalam laporan berita.

Well now you know how it looks like!




Villa Percutian Mewah Di Lombok (11 Gambar)

Lombok mempunyai padangan yang buruk di Malaysia. Orang lelaki Lombok dikatakan pedo kerana banyak mengorat anak gadis bawah umur di Malaysia yang kemudiannya di bawa lari ke sana. Kini anda boleh ke Lombok dan bercuti. Villa Sapi ialah sebuah villa yang boleh disewa pada harga USD800 keUSD1200 semalam bergantung kepada musim tempahan. Nampak menarik dan mungkin jika anda wang anda boleh ngorat awek Lombok dan bawa lari ke Malaysia pula. 




Jam Termahal Dunia Bernilai Rm 20 Juta Ringgit (12 Gambar)

Klasik

Jam paling mahal kami beli ialah Solvil Titus untuk hantaran isteri. Jam itu dah buat kami rasa sengkek. Tetapi jam antik buatan Abraham-Louis Breguet dari Switzerland ini memang membuatkan kami rasa jam Sovil Titus murah gila. Jam Sympathique ini dibuat pada tahun 1795 dan dilelong pada harga USD 6.8 Juta (RM 20 juta). Hanya terdapat 12 buah Sympathque di dunia dan inilah sebab mengapa harga lelongannya tinggi. Jam ini unique kerana pada bahagian atas terdapat jam kocek kecil. Apabila diletakkan pada jam utama jam kecil ini akan dikunci secara automatik oleh mekanisma jam utama. Docking/charger bay sebenar! Lebih awal dari mana-mana telefon pintar!



Ferrari Bernilai Rm36 Juta


Ferrari Bernilai Rm36 Juta


Ferrari memang sinonim dengan prestij perlumbaan dan kereta yang hampir kesemuanya jatuh ke dalam kategori klasik. Kereta-kereta awal rekaan Enzo Ferrari kini menjadi buruan pengumpul kereta kerana nilainya yang semakin meningkat. Antara kereta yang mempunyai nilai termahal di pasaran ialah Ferrari 250 TR. In fact dua kereta yang memegang rekod nilai lelongan paling tinggi ialah Ferrari 250 TR. Tahun lalu sebuah prototaip Ferrari 250 TR dilelong pada harga USD 16.4 Juta ( RM 49.2 Juta) Kereta di bawah ialah salah sebuah dari 22 Ferrari 250 TR yang dibuat diantara 1957 dan 1958. Ianya pemegang rekod lelongan kedua tertinggi dengan nilai USD 12 Juta (RM 36 Juta). What a sexy beast!




Universiti Dalam Bukit Di Seoul (9 Gambar)




Occupy Bukit?

Ketika mahasiswa kita sebok mengoccupy dataran dan memohon pinjaman PTPTNdimansuhkan ada baiknya kita melihat sebuah universiti di Korea Selatan. Kenapa ada eloknya? Kerana universiti di Malaysia kebanyakkannya tak cantik. Maaf cakap tapi universiti paling cantik di Malaysia ialah Universiti Teknologi Petronas. Uni lain nampak macam sekolah vokasional di mata elitis bekas pelajar UNIPET. Hurr hurrr..

Ewha Womans University (yes Womans.. ini bukan typo) ialah sebuah uni yang unik pada pandangan aku. Ia mungkin tak ada UFO rekaan Lord Norman Foster macam UTP tetapi ianya masih unik kerana dibina didalam bukit. Ewha Womans University mula dibuka pada tahun 1886. Di Korea Selatan EWU dikategorikan sebagai sebuah IPTS. Sungguhpun IPTS EWU berada didalam ranking top 5 uni disana. Bangunan baru universiti ini dibina dalam sebuah bukit yang berada didalam kawasan kampus. Instead of membina bangunan tinggi they built the building downwards. Hasilnya ialah sebuah uni yang unik dan masih mempunyai ruang hijau mesra alam. Awesome!

in b4 "uni wanita rupa macam vagina!"



Tadi Aku Pergi Tandas Dengan Siapa?



Perut Fasha(bukan nama sebenar) tiba - tiba memulas - mulas di waktu tengah malam yang cukup sunyi dan  dan indah. Fasha cuba menahan sakit perutnya itu kerana keberaniannya adalah di tahap yang paling rendah buat masa ini. Segala kisah - kisah seram atau mistik berkaitan hantu tiba - tiba sahaja datang menyinggah ke akal fikirannya membuatkan Fasha cuba menahan sebaik mungkin sakit perutnya itu. Malangnya tidak sampai 10 minit sakit perut si Fasha ini datang kembali jadi Fasha terpaksa pergi ke tandas dengan segera.

Fasha keluar dari bilik asramanya untuk ke tandas tetapi memandangkan sepanjang koridor terlalu sunyi berikutan jam di dinding pun sudah menunjukkan pukul 3 pagi maka Fasha berpatah balik dan cuba mengajak 2 orang rakan baiknya iaitu Izara(bukan nama sebenar) dan Neelofa(dan bukan nama sebenar jugak) untuk menamaninya ke tandas. Fasha bersusah payah mengejutkan mereka dari tidur yang nyenyak di atas tilam yang empuk. Mereka bangun dan bertanya kepada Fasha :-

Izara : Alahhhhhh!! Kacau lah aku nak tidur! Kau nak apa?

Fasha : Teman aku kejap pergi tandas! Tolong! Sakit perut sangat nih!

Neelofa : Esok - esok jer lah kau berak Fasha! Aku mengantuk nih! Selamat malam!

Fasha : Cis! Bangun lah weh! Hari tu aku teman korang! Malam nih korang pula lah teman aku!

Izara : Hah! Mengungkit! Mengungkit!

Fasha : Tak kisah lah ungkit ker tak! Janji korang dua kena teman aku pergi tandas! Sekaranggggg!! Aku dah tak tahan dah nihh!!

Neelofa : Yer lahhhhhhhh!!

Fuyoo... ada minah penunggu toilet
Mereka bertiga pun pergi lah ke tandas dengan segera! Fasha masuk ke dalam bilik air manakala Izara dan Neelofa menunggu dia di luar bilik air di dalam tandas itu.

Fasha : Korang berdua tunggu aku tau! Jangan balik bilik pula! Nanti putus kawan!(jerit Fasha dari dalam bilik air)

Namun, tiada langsung sahutan balas daripada Izara mahu pun Neelofa. Fasha mula takut dan sedikit marah kerana geram dengan beranggapan Izara dan Neelofa telah meninggalkannya seorang diri di dalam tandas. Jadi, selepas selesai urusannya di dalam bilik air maka dia pun berlari masuk ke dalam biliknya dengan segera kerana ketakutan. Sampai sahaja dia  di bilik di lihatnya Izara sedang nyenyak tidur manakala katil si Neelofa pula kosong tanpa tuannya. Fasha pun terus memejamkan mata. Keesokkan harinya sewaktu di dewan makan si Fasha bertanya kepada Izara.

Fasha : Eh, Izara! Mana si Neelofa?

Izara : Neelofa? Neelofa kan balik rumah! Kau nih boleh buat lupa pula! Kan kita berdua yang hantar dia sampai dekat pondok pengawal petang semalam.

Fasha : Eh? Biar betul nih!

Izara : Habis selama nih pernah ker aku tipu kau Fasha? (Izara memang seorang yang bercakap benar)

Fasha : Alamak!!! (muka pucat)

Izara : Eh? Kenapa kau pucat tiba - tiba nih?

Fasha : Pagi tadi...pagi tadi...

Izara : Dah kenapa tiba - tiba kau gagap pula nih? Ada apa dengan pagi tadi?

Fasha : Pagi tadi aku sakit perut! Lepas tu aku ajak kau dengan Neelofa teman aku pergi tandas. Aku sendiri yang kejutkan kau dengan Neelofa. Habis Neelofa tu...

Izara : Kejap..kejap...kau kejut aku pergi tandas?

Fasha : Ialah! Aku kejut kau dengan Neelofa pergi tandas lah!

Izara : Kau kejut aku dekat mana?

Fasha : Aku kejut kau dekat katil kau lah! Takkan katil Neelofa pula. Adoi!

Izara : Masalahnya semalam aku tidur dekat bilik sebelah! Aku tak balik pun bilik kita semalam. Kau biar betul?

Fasha : Woiii!! Agak - agak lah kau nak bergurau! Ker kau nak kenakan aku? Habis tu yang semalam tu sapa pula?

Izara : Sumpah weh aku tak tidur dekat bilik kita semalam. Tak percaya kau tanya budak bilik sebelah!

Fasha : ......................(Pucat macam kena cat)

TAMAT

Amacam? Seram Tak? Siapakah Sebenarnya Izara Dan Neelofa Yang Menemani Fasha Pada Pagi Itu?
aku sarankan kat korang..kalau nak pegi tandas baik pegi sorang-sorang..hehe

P/S: Citer Vanilla Coklat sebenarnya lebih seram daripada citer hantu...


10 Pemain Bola Sepak Dengan Gaji Tertinggi Di Dunia

Siapa sangka Messi bukan pemain bolasepak dengan gaji terbesar!